-Hari Penghantaran produk adalah pada hari
Isnin
-Hari Jumaat merupankan hari penutupan pesanan. Sebarang pesanan yang dibuat selepas hari Jumaat akan dipos pada Isnin yang akan datang.
-Sila nyatakan pesanan anda dibahagian Shoutbox atau komen
-Sebarang pesanan hanya akan dihantar selepas bayaran diterima
-Sila bank-in pembayaran ke dalam akaun maybank saya
-
No a/c 158051352516
.
-Selepas bayaran dibuat, sila pastekan bukti bayaran di bahagian komen. Sertakan juga nama penuh, alamat, dan nombor untuk dihubungi.
-Sekian , terima Kasih. Enjoy Shopping!!!

Sabtu, 15 Ogos 2009

AURA PENYEMBUHAN REIKI

HARGA: RM 25.00/RM 28.00 SABAH/SARAWAK
OFFER: RM24.00/ RM 25 SABAH/ SARAWAK


Reiki adalah satu bentuk penyembuhan alternatif menggunakan telapak tangan dengan aplikasi penyaluran tenaga kehidupan (life force). Tenaga kehidupan ini juga dikenali sebagai Prana dalam bahasa Sanskrit, Chi dalam bahasa Cina, Ki dalam bahasa Jepun, Baraqa dalam pengistilahan sufi dan Qudrah atau Tenaga Illahiah dalam Islam. Secara umum, Reiki menggunakan teknik sentuhan tangan pengamalnya ke tubuh penerima bagi mengalirkan energi penyembuhan. Di Barat, ia lebih dikenali sebagai satu kaedah ataupun terapi yang dapat mengurangkan tahap tekanan atau stres.
Perkataan Reiki terdiri dari dua suku kata iaitu REI dan KI. Rei (sebutan ray) membawa makna Tenaga Kehidupan Semesta (universal life force energy) dan Ki bermaksud Tenaga Vital Individu. Pengamal Reiki adalah medium perantara yang menerima masuk tenaga universal lalu mengalirkannya semula keluar melalui sistem tubuhnya ke tempat yang memerlukan (pesakit atau penerima). Dalam kata lain, pengamal hanyalah agen pengalir tenaga atau medium perantara yang menyampaikan tenaga kehidupan semesta ini ke tempat yang memerlukannya sama ada pada dirinya sendiri mahupun pada orang lain, dekat ataupun jauh bagi mengharmonikan apa juga masalah sama ada permasalahan minda, emosi, tubuh ataupun rohani.
Secara tidak langsung, fakta ini juga menjelaskan tenaga-tenaga yang dihasilkan bukanlah daripada diri pengamal kerana sekiranya ini berlaku, nescaya tenaga pengamal akan berkurangan atau kehabisan tenaganya dan ini akan mengakibatkan pengamalnya lemah dan tidak bertenaga. Reiki adalah tenaga dari alam. Bagi mempelajarinya, anda tidak semestinya perlu percaya mahupun mempunyai kemahiran yang tinggi.
Tahukah anda bahawa kita sememangnya menggunakan ‘reiki’ sama ada secara sedar ataupun tidak. Daripada pemakanan, cahaya dan udara yang kita sedut, ia akan ditransformasikan oleh tubuh kepada bentuk-bentuk tenaga atau energi. Tenaga inilah yang kita gunapakai bagi berjalan, berlari, mengangkat dan sebagainya. Cuma yang berbeza adalah kefahaman kita mengenai ‘reiki’ itu sendiri. Mereka yang mempelajari Reiki secara formal didedahkan bagi menguasai tenaga, mendalami struktur dan corak tenaga ini. Mereka akan lebih memahami, menghayati dan mampu mengaplikasikannya bagi tujuan penyembuhan yang lebih komprehensif dan menyeluruh.
“Merasai ataupun mengamati tenaga Reiki adalah pengalaman berkomunikasi dengan gelombang kasih sayang dari alam kepada seluruh kehidupan. Ia umpama menghayati anugerah kekayaan penciptaan yang maha kuasa kepada seluruh makhluknya dan alamnya. Ar-Rahman, yang maha pemurah menyediakan tenaga penyembuhan semula jadi yang sedia ada bagi diguna pakai oleh sekalian makhluk. Ar-Rahim yang maha penyayang mengizinkan setiap makhluknya mengakses tenaga ini tanpa perlu meminta-minta ataupun bersyarat. Ilmu Reiki membantu pengamalnya menghayati anugerah ini, mengaplikasikannya secara optimum dan menjiwai nikmat penyembuhan alami dengan penuh pasrah dan kesyukuran.”
Sama ada anda hidup serba kekurangan ataupun dalam kemewahan, sama ada anda mencari sesuatu dari segi kerohanian, ataupun minda hanya tertumpu kepada kebendaan, ataupun sama ada anda dalam belenggu kekecewaan ataupun sedang bangkit melakukan perubahan; Reiki memberi kekuatan dan menyemarakkannya. Reiki menyembuh pada semua peringkat, pada fizikal, mental (minda), emosi serta kerohanian dan memberi sokongan keupayaan semula jadi tubuh supaya sembuh dengan sendirinya.
Penyembuhan Reiki bukanlah satu bentuk penyembuhan yang konfrontasi malah ia menyembuhkan pelbagai masalah dan trauma dengan cara yang lembut dan halus. Ia tidak berasal dari mana-mana mazhab atau fahaman, dogma mahupun agama malah ia dipraktikkan oleh pelbagai golongan dari pelbagai agama, adat dan kebudayaan. Penting bagi anda supaya tidak terkeliru dengan mencampuradukkan Reiki dengan agama. Sekali lagi dinyatakan Reiki tidak terikat dengan mana-mana fahaman, kepercayaan, dogma mahupun agama. Anda tidak perlu mengikut mana-mana adat atau sistem kepercayaan bagi mengalirkan Reiki ataupun bagi menikmati manfaatnya. Apa yang perlu adalah kehendak dan kemahuan untuk menyembuh dan disembuh oleh tenaga suci ini.
Bagi memahami bentuk tenaga universal ini, marilah kita renungi beberapa fakta yang dapat menguraikan sumber tenaga kehidupan yang kita gunakan dalam hidup ini dan apakah hubungkaitnya di antara tenaga alam semesta ini dengan tenaga penyembuhan Reiki. Dengan memahami tentang fakta-fakta mengenai tenaga, cahaya, warna dan sistem Bio-energi manusia, anda akan lebih memahami dan jelas dengan ilmu Reiki.

Pengenalan

BAB 1 : APA ITU REIKI
Tenaga Kehidupan – Cahaya
Hubung Kait Cahaya – Tenaga – Warna
Warna Itu Tenaga

BAB 2 : SISTEM BIO-ENERGI MANUSIA
1. Sistem Antena Tubuh
2. Sistem Aura Manusia
3. Sistem Chakra Manusia
4. Aliran Tenaga Hayat – Kundalini
5. Jaluran Tenaga – Nadi atau Meridian

BAB 3 : REIKI DAN KUPASAN ILMIAH
Terapi Tenaga
Terapi Kerohanian
Terapi Tenaga + Terapi kerohanian = Reiki
Ilmu Sains Reiki
Faedah Reiki
Mempelajari Reiki
Pengijazahan Reiki
Tahap-tahap dalam Reiki

BAB 4 : SEJARAH REIKI
Penemuan
Keajaiban Bermula
Perkembangan Awal Reiki
Dr.Chujiro Hayashi
Hawato Takata
Pengenalan kepada Reiki
Prinsip-prinsip Reiki
Rahsia di Sebalik Lima Prinsip Reiki
Salasilah Reiki

BAB 5 : PERNAFASAN dan MEDITASI
Teknik Pernafasan
Gambar Rajah Proses Pernafasan
Praktikal – 1
Meditasi
Sains dan Seni Meditasi
Sistem Autonomik Tubuh
Kaedah Melakukan Meditasi
Praktikal – 2
Membangkitkan Tenaga Stamina ‘Tenaga SuciI’
Naluri, Rasa dan Tenaga
Praktikal – 3
Senaman Tenaga Hayat
Gerak Tubuh
Peningkatan Rasa dan Naluri

BAB 6 : REIKI TAHAP I
Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura Diri Sendiri
Isu Yuran Reiki
Panduan Penggunaan Reiki I
21 Hari Proses Pembersihan

BAB 7 : REIKI II
Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura untuk Semua
Penggunaan Simbol Reiki
Otak Manusia
Otak Kiri dan Otak Kanan
Gelombang Otak
Minda Separa Sedar
Simbol Sebagai Bahasa Minda
Cara Menggunakan Simbol-simbol Reiki
Kedudukan Tangan Semasa Mengalirkan Tenaga
Panduan Penggunaan Reiki II
Menggunakan Reiki bagi Penyembuhan Jarak Jauh
(Teknik Lanjutan)
Scanning (Menganalisis Secara Imbasan Tangan)
Pelatihan bagi Menguatkan Teknik Scanning
Posisi Tangan Reiki - Merawat Orang Secara Berbaring
Posisi Tangan Reiki - Merawat Orang Lain Secara Berkumpulan

BAB 8 : SOAL JAWAB REIKI
Isu, Persoalan dan Jawapan

BAB 9 : PENYEMBUHAN BERSAMA REIKI
Serangan Asma
Kebocoran Energi Tubuh
Insomnia
Stress dan Depresi
Saya dan Seekor Anak Kucing
Kepelbagaian Penggunaan Reiki

BAB 10 : REIKI Malaysia
Hala Tuju Reiki di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan