-Hari Penghantaran produk adalah pada hari
Isnin
-Hari Jumaat merupankan hari penutupan pesanan. Sebarang pesanan yang dibuat selepas hari Jumaat akan dipos pada Isnin yang akan datang.
-Sila nyatakan pesanan anda dibahagian Shoutbox atau komen
-Sebarang pesanan hanya akan dihantar selepas bayaran diterima
-Sila bank-in pembayaran ke dalam akaun maybank saya
-
No a/c 158051352516
.
-Selepas bayaran dibuat, sila pastekan bukti bayaran di bahagian komen. Sertakan juga nama penuh, alamat, dan nombor untuk dihubungi.
-Sekian , terima Kasih. Enjoy Shopping!!!

Sabtu, 15 Ogos 2009

LALUAN KE SYURGA

TAJUK : LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA?

PENULIS : ABDUL FATAH ZAKARIA

M/SURAT : 183 M/S

HARGA : SEM MALAYSIA : RM 21.90
SABAH & SARAWAK : RM 24.90

offer: RM 21.00/24.00 SABAH& SARAWAK
SINOPSIS

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan